awam1warga new

Iklan Bagi Penawaran Cuti Belajar Tanpa HLP sesi pengajian 2018

 

Dengan segala hormatnya, saya menarik perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Kemudahan Cuti Belajar Tanpa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Bagi Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (kecuali anggota di bawah Skim Gunasama dan jawatan Kader) bagi pengajian sesi 2018 secara sepenuh masa telah dibuka pada 4 April 2017 (jam 3.00 petang).

 

3. Pegawai yang berkelayakan dan berminat boleh memuat turun tatacara dan garis panduan permohonan serta dokumen-dokumen berkaitan seperti pautan di bawah:-

Lampiran 1: Tatacara dan Panduan Permohonan Kemudahan Cuti Belajar Tanpa HLP

Lampiran I: Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (Pengurusan dan Profesional)

Lampiran II: Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (Pelaksana)

Lampiran III: Senarai Semak Permohonan Cuti Belajar Tanpa HLP

Lampiran IV: Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar 

Lampiran V: Senarai Bidang Yang Ditawarkan Bagi Peringkat Ijazah Lanjutan (Kump. P & P)

Lampiran VI: Borang Mengikuti Program Transformasi Negara

Lampiran VII: Jadual Kerja Permohonan Cuti Belajar Tanpa HLP

Lampiran A: Syarat-Syarat Tambahan Cuti Belajar Program Farmasi

Syarat-Syarat Tambahan Untuk Mengikuti Bidang Kepakaran Pergigian Bagi CBBP Tanpa HLP

Borang PTSTP

Surat Aku Janji

Lampiran C1

Lampiran C2

Lampiran C3

 

 

4. Setiap borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1, Bahagian Pengurusan Latihan, KKM untuk perakuan Jawatankuasa Latihan sebelum atau pada 5 Mei 2017 (jam 12 tengahari) beserta dokumen-dokumen seperti senarai semak di Lampiran III ke alamat berikut:-

 

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6, No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
62675 Putrajaya.
(u/p: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1)

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mei 2017 (jam 12 tengahari).

 

5. Untuk sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan boleh berhubung dengan pegawai di bawah:

i) Pn. Jaarah binti Mat, Penolong Setiausaha, LDP1 (Kump. Pengurusan Profesional)
No. Tel : 03-8885 6184
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ii) Nor Azhar bin Kamaludin, Penolong Setiausaha, LDP1 (Kump. Pengurusan Profesional)
No. Tel : 03-8885 0600 Ext: 6187
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

iii) Nor Izianie binti Ab Halim, Penolong Setiausaha, LDP1 (Kump. Pelaksana)
No. Tel : 03-8885 0600 Ext: 6189
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Sekian terima kasih.


Surat Pelawaan Permohonan Kemudahan Cuti Belajar Tanpa HLP


Senarai Kursus Yang Diiktiraf Bagi Permohonan Di Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda (Kump. Pelaksana) boleh disemak melalui pautan berikut http://pengiktirafan.jpa.gov.my

PrintEmail