awam1warga new

Cawangan Perancangan Tenaga Manusia dan Dasar Latihan

  ·         1. UNIT PENGURUSAN DASAR KORPORAT

  • Memantau pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat-mesyuarat utama Kementerian berkaitan Bahagian Pengurusan Latihan (poskab,   Mesyuarat pagi). 
  • Urusetia Mesyuarat Panel pembangunan Sumber manusia (PPSM) dan Mesyuarat Lembaga Pendidikan
  • Penyelarasan dan pengurusan korporat termasuk pengurusan aduan, penerbitan korporat dan perhubungan pelanggan berkaitan Bahagian Pengurusan Latihan
  • Menyediakan laporan tahunan Bahagian Pengurusan Latihan 
  • Menyelaras orientasi Bahagian Pengurusan Latihan kepada warga Bahagian Pengurusan Latihan baru.
  • Penyelarasan aktiviti perhubungan antarabangsa mengenai latihan 
  • Menyediakan draft jawapan kepada Pertanyaan Parlimen, ulasan/maklumbalas mesyuarat-mesyuarat berkaitan Bahagian Pengurusan Latihan 
  • Melaksana dan memantau usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi Bahagian Pengurusan Latihan (MS ISO 9001:2008, KPI, Star Rating)
  • Merangka halatuju dan sasaran kerja tahunan Bahagian dan menyelaras bagi urusan Mesyuarat Pencapaian Kerja Tahunan Bahagian Pengurusan Latihan.

 

             2. UNIT PERANCANGAN TENAGA MANUSIA (PTM)

  • Merancang dan menggubal dasar latihan penjawat awam kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan sokongan di KKM
  • Menyediakan unjuran, analisa keperluan dan stok (manpower planning) di KKM
  • Merancang pakatan strategik smart partnership dengan agensi Kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan, sektor swasta, badan profesional dan agensi antarabangsa.
  • Membuat kajian rintis dan pembangunan model perancangan tenaga manusia
  • Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan perancangan tenaga manusia

   

 

3. UNIT PERANCANGAN DAN PENILAIAN (P&P)

  • Merancang dan melaksanakan program kepastian kualiti (QAP) bagi program latihan di semua peringkat.
  • Penilaian keberkesanan program-program latihan (impact study) termasuk latihan basik, outsourcing, posbasik dan LDP. 
  • Memastikan program-program yang dilaksanakan mengikut ‘benchmarking' yang ditetapkan.
  • Kajian kepuasan pelanggan terhadap graduan-graduan KKM.
  • Menyelaras perakuan pengiktirafan program-program kepakaran dan sub kepakaran.

 

·         4. UNIT PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN PROGRAM LATIHAN (PPPL)

  • Merancang, membangun dan menggubal kurikulum baru dan ko-kurikulum (basik, posbasik & pengkhususan) serta pembangunan sahsiah diri.
  • Mengkaji semula, memantap dan memurnikan kurikulum basik /posbasik/ pengkhususan.
  • Membangun dan mengkaji semula dokumen-dokumen berkaitan dengan kursus posbasik/pengkhususan.
  • Membangun dan menggubal struktur dan kandungan kursus luar jangka ( Topping-Up ) dan lain-lain kursus mengikut keperluan perkhidmatan.

 

·         5. UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (PM)

  • Menyediakan perancangan dasar rangkaian di Bahagian Pengurusan Latihan dan ILKKM.
  • Menyediakan kertas cadangan pelan induk ICT bagi keperluan Bahagian Pengurusan Latihan dan ILKKM yang komprehensif.
  • Mengenal pasti, menyemak dan merangka keperluan infrastruktur dan sistem ICT di Bahagian Pengurusan Latihan dan ILKKM.
  • Menyedia dan Membantu menyelaras kemudahan infrastruktur latihan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran staf akademik
  • Menyediakan khidmat rundingan teknikal berkaitan dengan ICT.
  • Mendokumentasikan maklumat dan penyediaan laporan-laporan statistik.
  • Mengurus dan menyelaras penyimpanan maklumat dan koleksi bahan-bahan rujukan mengenai hasil dan Penerbitan kajian, penyelidikan dan jurnal yang berkaitan perancangan tenaga manusia dan pembangunan latihan
  • Melaksanakan fungsi sebagai Pusat Maklumat Setempat (One Stop Information Centre).

PrintEmail