awam1warga new

Cawangan Operasi Latihan

     

     1. UNIT KHIDMAT PENGURUSAN (P)

  • Merancang, mengurus dan menyemak keperluan peruntukan dan perbelanjaan bagi program latihan dalam dan luar negara.
  • Mengurus pentadbiran pejabat BPL.
  • Menguruskan pungutan bayaran balik denda berkaitan perlanggaran ikatan kontrak latihan.
  • Menyelaraskan urusan perjawatan dan perkhidmatan anggota BPL dan ILKKM.
  • Membantu menganjur majlis rasmi/ mesyuarat KKM.
  • Menyelaraskan urusan parlimen dan maklumbalas mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Melaksanakan inisiatif kualiti BPL.
  • Merancang keperluan latihan anggota BPL dan Kakitangan ILKKM
  • Menyelaraskan aduan-aduan yang diterima dari orang awam. 

 

2. UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 1 (LDP 1)

  • Merancang pelaksanaan keperluan belanjawan, pemilihan dan penawaran program penajaan bagi semua program latihan iaitu:

                 (a) Program Sarjana Perubatan;

                (b)Program Sarjana / PhD (Lain-Lain perkhidmatan); dan

                (c)Program Posbasik dan Pengkhususan.

  •   Menyelaraskan permohonan kategori P&P bagi mengikuti Ijazah Lanjutan bukan tajaan Kerajaan (Cuti Belajar).
  • Menyelaraskan permohonan kategori sokongan bagi mengikuti Ijazah Sarjana Muda (Cuti Belajar Separuh Gaji dan Pinjaman Bolehubah).
  • Menguruskan proses pencalonan semua kategori kumpulan di KKM untuk mengikuti kursus-kursus tajaan Badan Antarabangsa dan Kerajaan Asing melalui JPA bagi kursus-kursus jangka panjang (jika ada). 

 

3. UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2 (LDP 2)

  • Merancang pelaksanaan keperluan belanjawan, pemilihan dan penawaran program penajaan bagi semua program latihan dan kursus jangka pendek bagi semua kategori kumpulan di KKM
  • Menguruskan proses pencalonan bagi semua kategori kumpulan di KKM untuk mengikuti kursus pendek luar Negara menggunakan peruntukan Pembangunan RMK-9.
  • Menguruskan dan menyelaraskan kursus induksi bagi semua kategori kumpulan di peringkat Ibu Pejabat Kementerian dan JKN.
  • Mengurus dan melaksanakan kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan kepada kakitangan KKM di peringkat ibu pejabat.
  • Menguruskan proses pencalonan semua kategori kumpulan di KKM untuk mengikuti kursus-kursus tajaan Badan Antarabangsa dan Kerajaan Asing melalui JPA.
  • Menyelaraskan permohonan semua kategori kumpulan di KKM bagi mengikuti latihan dalam perkhidmatan (kurang tiga bulan) bukan tajaan Kerajaan Malaysia 

 

4. UNIT KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN (KP)

  • Menguruskan peruntukan kewangan dan bajet bagi BPL dan Institusi Latihan KKM
  • Menguruskan perolehan dan pengurusan aset di BPL
  • Menyelaraskan penyelenggaraan aset dan fasiliti Institusi Latihan KKM
  • Memantau pelaksanaan projek pembangunan fizikal Institusi Latihan KKM termasuk Pusat Latihan Amali
  • Menyelaras dan menyedia permohonan Anggaran Belanja Mengurus perjawatan, aset dan kewangan di Institusi Latihan KKM
  • Merancang, mengenalpasti dan memantau urusan operasi (pentadbiran, pembangunan projek dan logistik) di Institusi Latihan KKM

PrintEmail