awam1warga new

Latar Belakang BPL

 

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) yang beroperasi di Presint 3, Putrajaya diketuai oleh seorang Setiausaha Bahagian (SUB) gred JUSA C. BPL terbahagi kepada tiga cawangan utama iaitu Dasar Latihan, Operasi Latihan dan Institusi Latihan yang masing-masing diketuai oleh Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) gred M54.

 

Sebelum 1 April 1994

   Bahagian Latihan dan Tenaga Manusia (BL&TM)

 

   Selepas 6 April 2002

   Bahagian Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan (BPTML)

 

   Selepas 6 April 2002

   Bahagian Pengurusan Latihan (BPL)

 

   Penstukturan semula pada 1 November 2006

              Wujud tiga cawangan iaitu :

             1. Cawangan Perancangan Tenaga Manusia Dan Dasar Latihan (DL)

             2. Cawangan Operasi Latihan (OL) dan Cawangan Pengurusan

             3. Pembangunan Institusi Latihan (IL)

 

 Penstukturan semula pada 1 April 2011

               Wujud tiga unit baru iaitu :

              1. Unit Perancangan Dasar Korporat

              2. Unit Kewangan & Pembangunan 

              3. Unit Pengurusan Maklumat

 

BPL mempunyai 14 Unit yang membantu melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan iaitu :

1. Unit Khidmat Pengurusan (P)

2. Unit Perancangan Dasar Korporat (PDK)

3. Unit Perancangan Tenaga Manusia (PTM)

4. Unit Perkembangan & Pembangunan Program latihan (PPPL)

5. Unit Perancangan & Penilaian (P&P)

6. Unit Latihan Pra Perkhidmatan (LPP)

7. Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Jangka Panjang (LDP1)

8. Unit Latihan Dalam Perkhidmatan Jangka Pendek (LDP2)

9. Unit Pembangunan Pengajar (UG)

10. Unit Pembangunan & Hal Ehwal Pelatih (UP)

11. Unit Pengurusan Peperiksaan & Persijilan (PP)

12. Unit Pengurusan Maklumat (PM)

13.Unit Kewangan & Pembangunan (KP)

14. Unit Nazir (NAZIRAN)

 

Tugas & Tanggungjawab BPL 

BPL bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan untuk Pembangunan Sumber Manusia KKM yang turut meliputi pengurusan latihan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) di kolej-kolej latihan.

 

1. Merancang dan menguruskan Program Latihan

      i. Pra-perkhidmatan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) untuk keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Latihan Dalam Perkhidmatan bagi semua anggota KKM

 

2. Program Latihan Pra-perkhidmatan

            i.  33 Institusi Latihan KKM (ILKKM) – 13 Disiplin Anggota Sains Kesihatan Bersekutu

            ii. Disiplin (Diploma)

                   Jururawat

                   Pembantu Perubatan

                   Juru X-Ray

                   Juru Teknologi Makmal Perubatan

                   Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

                   Jururawat Pergigian

                   Juruteknologi Pergigian

                   Pembantu Farmasi

                   Jurupulih Perubatan (Anggota)

                   Jurupulih Perubatan (Cara kerja) 

             iii. Disiplin Sijil

                   Jururawat Masyarakat

                   Pembantu Kesihatan Awam

                   Pembantu Pembedahan Pergigian

 

 3. Program Latihan Dalam Perkhidmatan

               i.   Kursus Pendek

               ii.  Pos Basik

               iii. Sarjana/ PhD

               iv. Sub Kepakaran

PrintEmail