awam1warga new

Perutusan Rasmi Setiausaha Bahagian

 

Salam 1 Sejahtera. 

 

Sumbangan kita melalui Kementerian Kesihatan Malaysia kepada rakyat menjadi semakin siknifikan. Hari ini kita mula berubah daripada penyedia perkhidmatan kesihatan kepada menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia. Melalui barisan dan deretan pelbagai fasiliti kesihatan yang kerajaan sediakan, kita menjadi entiti yang memberi makna yang relevan kepada perkhidmatan tersebut. 

 

Sesebuah fasiliti kesihatan sama ada hospital, klinik kesihatan, pergigian, atau klinik 1 Malaysia, memerlukan sumber manusia yang kompeten. Kemodenan sesuatu peralatan perubatan menuntut kebijaksanaan seorang pengguna. Dalam konteks ini, Bahagian Pengurusan Latihan menjadi nadi utama dalam menyediakan sumber manusia yang sangat kompeten. 

 

Industri kesihatan merupakan sebuah industri yang sangat dinamik. Dinamika ini jelas dalam perubahan versi demi versi peralatan kesihatan yang digunakan. Adalah mustahil untuk mana-mana organisasi latihan memindahkan keboleh berfikir yang kritis kepada semua pelatih di semua ILKKM. Kesannya, pelatih keluaran ILKKM akan sentiasa relevan dalam menangani kecanggihan peralatan perubatan. 

 

Hari ini kita bukan sahaja mengeluarkan pelatih bidang separa perubatan, sebaliknya kita hasilkan sumber manusia yang kompetan dan mampu menerima segala bentuk perubahan.

 

DR ZAINAL ABIDIN SAIT

 

Oktober 2018

PrintEmail