awam1warga new

Piagam Pelanggan

1.Unjuran keperluan dan bekalan sumber manusia kesihatan akan disediakan pada bulan Jun setiap tahun

2.Laporan Program Kepastian Kualiti (QAP) bagi Institusi Latihan KKM akan disediakan pada bulan 

    Mac dan September setiap tahun.

3.Setiap kajian semula kurikulum akan disiapkan dalam tempoh 6 bulan, jikalau maklumat daripada

    semua program institusi latihan adalah lengkap.

4.Tawaran kepada calon latihan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) akan diedarkan tidak

    lebih daripada 14 hari sebelum kursus bermula.

5.Tawaran hadiah latihan persekutuan bagi mengikuti sarjana perubatan akan diedarkan kepada

    calon yang berjaya sebelum 15 Mei setiap tahun.

6.Tawaran hadiah latihan persekutuan bagi mengikuti Sarjana/ PhD/ lain-lain perkhidmatan akan

    diedarkan kepada calon yang berjaya dalam tempoh 30 hari selepas selesai urusan temuduga

7.Bayaran pendahuluan diri dan lain-lain bayaran untuk menghadiri kursus jangka pendek luar

    negara akan dibuat dalma tempoh 30 hari selepas menerima permohonan yang lengkap.

8.Keputusan peperiksaan latihan  basik akan diumumkan kepada pelatih dalam tempoh 2 minggu

    selepas tamat peperiksaan.

9.Keputusan rayuan peperiksaan akan dimaklumkan kepada pelatih dalam tempoh 21 hari selepas

    tamat tempoh rayuan

10.Bayaran biasiswa pelatih basik akan dibuat oleh Institusi Latihan KKM dalam tempoh 2 bulan

     selepas pelatih melapor diri.

PrintEmail