Deprecated: Methods with the same name as their class will not be constructors in a future version of PHP; plgSystemK2 has a deprecated constructor in /home/latihan/public_html/v4/plugins/system/k2/k2.php on line 15
Korporat

awam1warga new


Deprecated: Methods with the same name as their class will not be constructors in a future version of PHP; plgContentJw_allvideos has a deprecated constructor in /home/latihan/public_html/v4/plugins/content/jw_allvideos/jw_allvideos.php on line 18

Piagam Pelanggan

1.Unjuran keperluan dan bekalan sumber manusia kesihatan akan disediakan pada bulan Jun setiap tahun

2.Laporan Program Kepastian Kualiti (QAP) bagi Institusi Latihan KKM akan disediakan pada bulan 

    Mac dan September setiap tahun.

3.Setiap kajian semula kurikulum akan disiapkan dalam tempoh 6 bulan, jikalau maklumat daripada

    semua program institusi latihan adalah lengkap.

4.Tawaran kepada calon latihan Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) akan diedarkan tidak

    lebih daripada 14 hari sebelum kursus bermula.

5.Tawaran hadiah latihan persekutuan bagi mengikuti sarjana perubatan akan diedarkan kepada

    calon yang berjaya sebelum 15 Mei setiap tahun.

6.Tawaran hadiah latihan persekutuan bagi mengikuti Sarjana/ PhD/ lain-lain perkhidmatan akan

    diedarkan kepada calon yang berjaya dalam tempoh 30 hari selepas selesai urusan temuduga

7.Bayaran pendahuluan diri dan lain-lain bayaran untuk menghadiri kursus jangka pendek luar

    negara akan dibuat dalma tempoh 30 hari selepas menerima permohonan yang lengkap.

8.Keputusan peperiksaan latihan  basik akan diumumkan kepada pelatih dalam tempoh 2 minggu

    selepas tamat peperiksaan.

9.Keputusan rayuan peperiksaan akan dimaklumkan kepada pelatih dalam tempoh 21 hari selepas

    tamat tempoh rayuan

10.Bayaran biasiswa pelatih basik akan dibuat oleh Institusi Latihan KKM dalam tempoh 2 bulan

     selepas pelatih melapor diri.

Print Email

Cawangan Pengurusan dan Pembangunan Institusi Latihan

 

·  1. UNIT PEMBANGUNAN DAN HAL EHWAL PELATIH (UP)

  • Memantau pendaftaran dan orientasi pelatih di Institusi latihan KKM dan Swasta (outsourcing)
  • Memantau pelaksanaan hal-hal berkaitan pelatih seperti:

                  a. biasiswa & elaun

                  b. urusan bayaran dan

                  c. pembangunan sahsiah

  • Memantau kebajikan pelatih termasuk pelatih 'outsourcing 
  • Urusan disiplin pelatih
  • Mengkaji dan memantau pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum pelatih di peringkat Kolej 
  • Menyelaras penganjur ko-kurikulum peringkat BPL dengan kerjasama pihak Kolej 
  • Memantau penempatan latihan klinikal pelatih termasuk pelatih 'outsourcing'
  • Urusan pelantikan warden dan Preseptor Tempatan 
  • Menyelaras penganjuran Majlis Konvokesyen Institusi Latihan KKM
  • Menyediakan garis panduan berkaitan hal ehwal pelatih dan memantau pelaksanaan garis panduan tersebut
  • Mengenalpasti keperluan dan menyelaras permohonan aset perubatan dan aset bukan perubatan ILKKM
  • Mengumpul maklumat dan mengkaji keperluan kerja-kerja kecil dan naik taraf (BP00600) di ILKKM serta memantau kerja-kerja berkenaan
  • Merancang dan menyediakan Takwim Akademik tahunan ILKKM dan memantau pelaksanaan takwim tersebut

 

·2. UNIT PEMBANGUNAN PENGAJAR (UG)

  • Merancang keperluan dan penempatan Pengajar
  • Membantu dalam urusan pengambilan Pengajar
  • Memantau dan menilai prestasi Pengajar
  • Merangka dan merancang program-program kemajuan dan perkembangan profesion Pengajar (Profesional Development) 
  • Urusetia mesyuarat-mesyuarat di antara Bahagian Pengurusan Latihan dengan Pengarah Institusi Latihan dan para Pengajar

 

3. UNIT PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN (PP)

  • Pengurusan peperiksaan basik, pos basik dan panel subjek jabatan
  • Membangun dan memantapkan bank soalan
  • Menganalisa keputusan peperiksaan, menambahbaik proses peperiksaan, menilai keberkesanan sistem dan soalan peperiksaan
  • Memastikan kepatuhan kelayakan syarat-syarat menduduki peperiksaan
  • Menjalankan kajin ke atas prestasi akademik dan soalan peperiksaan
  • Menguruskan pengeluaran sijil dan transkrip peperiksaan
  • Mengendalikan rayuan menduduki semula peperiksaan pos basik / semak semula keputusan peperiksaan

 

4. UNIT LATIHAN PRA PERKHIDMATAN (LPP)

  • Merancang pengambilan, penempatan, pengurusan ikatan kontrak dan penamatan bagi pelatih Institusi Latihan KKM dan oursourcing
  • Membantu dalam urusan temuduga pengambilan pelatih dengan SPA
  • Memperakukan urusan perlantikan bagi pelatih Institusi Latihan KKM dan pelatih outsourcing yang menamatkan latihan dengan jayanya
  • Menguruskan rayuan ulang semula semester / pengajian
  • Menjalankan promosi kerjaya Anggota Sains Kesihatan Bersekutu
  • Urusetia Jawatankuasa Rayuan Pengurusan Tatakelakuan Pelatih

Print Email

Cawangan Operasi Latihan

     

     1. UNIT KHIDMAT PENGURUSAN (P)

  • Merancang, mengurus dan menyemak keperluan peruntukan dan perbelanjaan bagi program latihan dalam dan luar negara.
  • Mengurus pentadbiran pejabat BPL.
  • Menguruskan pungutan bayaran balik denda berkaitan perlanggaran ikatan kontrak latihan.
  • Menyelaraskan urusan perjawatan dan perkhidmatan anggota BPL dan ILKKM.
  • Membantu menganjur majlis rasmi/ mesyuarat KKM.
  • Menyelaraskan urusan parlimen dan maklumbalas mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Melaksanakan inisiatif kualiti BPL.
  • Merancang keperluan latihan anggota BPL dan Kakitangan ILKKM
  • Menyelaraskan aduan-aduan yang diterima dari orang awam. 

 

2. UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 1 (LDP 1)

  • Merancang pelaksanaan keperluan belanjawan, pemilihan dan penawaran program penajaan bagi semua program latihan iaitu:

                 (a) Program Sarjana Perubatan;

                (b)Program Sarjana / PhD (Lain-Lain perkhidmatan); dan

                (c)Program Posbasik dan Pengkhususan.

  •   Menyelaraskan permohonan kategori P&P bagi mengikuti Ijazah Lanjutan bukan tajaan Kerajaan (Cuti Belajar).
  • Menyelaraskan permohonan kategori sokongan bagi mengikuti Ijazah Sarjana Muda (Cuti Belajar Separuh Gaji dan Pinjaman Bolehubah).
  • Menguruskan proses pencalonan semua kategori kumpulan di KKM untuk mengikuti kursus-kursus tajaan Badan Antarabangsa dan Kerajaan Asing melalui JPA bagi kursus-kursus jangka panjang (jika ada). 

 

3. UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2 (LDP 2)

  • Merancang pelaksanaan keperluan belanjawan, pemilihan dan penawaran program penajaan bagi semua program latihan dan kursus jangka pendek bagi semua kategori kumpulan di KKM
  • Menguruskan proses pencalonan bagi semua kategori kumpulan di KKM untuk mengikuti kursus pendek luar Negara menggunakan peruntukan Pembangunan RMK-9.
  • Menguruskan dan menyelaraskan kursus induksi bagi semua kategori kumpulan di peringkat Ibu Pejabat Kementerian dan JKN.
  • Mengurus dan melaksanakan kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan kepada kakitangan KKM di peringkat ibu pejabat.
  • Menguruskan proses pencalonan semua kategori kumpulan di KKM untuk mengikuti kursus-kursus tajaan Badan Antarabangsa dan Kerajaan Asing melalui JPA.
  • Menyelaraskan permohonan semua kategori kumpulan di KKM bagi mengikuti latihan dalam perkhidmatan (kurang tiga bulan) bukan tajaan Kerajaan Malaysia 

 

4. UNIT KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN (KP)

  • Menguruskan peruntukan kewangan dan bajet bagi BPL dan Institusi Latihan KKM
  • Menguruskan perolehan dan pengurusan aset di BPL
  • Menyelaraskan penyelenggaraan aset dan fasiliti Institusi Latihan KKM
  • Memantau pelaksanaan projek pembangunan fizikal Institusi Latihan KKM termasuk Pusat Latihan Amali
  • Menyelaras dan menyedia permohonan Anggaran Belanja Mengurus perjawatan, aset dan kewangan di Institusi Latihan KKM
  • Merancang, mengenalpasti dan memantau urusan operasi (pentadbiran, pembangunan projek dan logistik) di Institusi Latihan KKM

Print Email

Cawangan Perancangan Tenaga Manusia dan Dasar Latihan

  ·         1. UNIT PENGURUSAN DASAR KORPORAT

  • Memantau pelaksanaan keputusan-keputusan mesyuarat-mesyuarat utama Kementerian berkaitan Bahagian Pengurusan Latihan (poskab,   Mesyuarat pagi). 
  • Urusetia Mesyuarat Panel pembangunan Sumber manusia (PPSM) dan Mesyuarat Lembaga Pendidikan
  • Penyelarasan dan pengurusan korporat termasuk pengurusan aduan, penerbitan korporat dan perhubungan pelanggan berkaitan Bahagian Pengurusan Latihan
  • Menyediakan laporan tahunan Bahagian Pengurusan Latihan 
  • Menyelaras orientasi Bahagian Pengurusan Latihan kepada warga Bahagian Pengurusan Latihan baru.
  • Penyelarasan aktiviti perhubungan antarabangsa mengenai latihan 
  • Menyediakan draft jawapan kepada Pertanyaan Parlimen, ulasan/maklumbalas mesyuarat-mesyuarat berkaitan Bahagian Pengurusan Latihan 
  • Melaksana dan memantau usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi Bahagian Pengurusan Latihan (MS ISO 9001:2008, KPI, Star Rating)
  • Merangka halatuju dan sasaran kerja tahunan Bahagian dan menyelaras bagi urusan Mesyuarat Pencapaian Kerja Tahunan Bahagian Pengurusan Latihan.

 

             2. UNIT PERANCANGAN TENAGA MANUSIA (PTM)

  • Merancang dan menggubal dasar latihan penjawat awam kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulan sokongan di KKM
  • Menyediakan unjuran, analisa keperluan dan stok (manpower planning) di KKM
  • Merancang pakatan strategik smart partnership dengan agensi Kerajaan, badan-badan bukan Kerajaan, sektor swasta, badan profesional dan agensi antarabangsa.
  • Membuat kajian rintis dan pembangunan model perancangan tenaga manusia
  • Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan perancangan tenaga manusia

   

 

3. UNIT PERANCANGAN DAN PENILAIAN (P&P)

  • Merancang dan melaksanakan program kepastian kualiti (QAP) bagi program latihan di semua peringkat.
  • Penilaian keberkesanan program-program latihan (impact study) termasuk latihan basik, outsourcing, posbasik dan LDP. 
  • Memastikan program-program yang dilaksanakan mengikut ‘benchmarking' yang ditetapkan.
  • Kajian kepuasan pelanggan terhadap graduan-graduan KKM.
  • Menyelaras perakuan pengiktirafan program-program kepakaran dan sub kepakaran.

 

·         4. UNIT PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN PROGRAM LATIHAN (PPPL)

  • Merancang, membangun dan menggubal kurikulum baru dan ko-kurikulum (basik, posbasik & pengkhususan) serta pembangunan sahsiah diri.
  • Mengkaji semula, memantap dan memurnikan kurikulum basik /posbasik/ pengkhususan.
  • Membangun dan mengkaji semula dokumen-dokumen berkaitan dengan kursus posbasik/pengkhususan.
  • Membangun dan menggubal struktur dan kandungan kursus luar jangka ( Topping-Up ) dan lain-lain kursus mengikut keperluan perkhidmatan.

 

·         5. UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT (PM)

  • Menyediakan perancangan dasar rangkaian di Bahagian Pengurusan Latihan dan ILKKM.
  • Menyediakan kertas cadangan pelan induk ICT bagi keperluan Bahagian Pengurusan Latihan dan ILKKM yang komprehensif.
  • Mengenal pasti, menyemak dan merangka keperluan infrastruktur dan sistem ICT di Bahagian Pengurusan Latihan dan ILKKM.
  • Menyedia dan Membantu menyelaras kemudahan infrastruktur latihan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran staf akademik
  • Menyediakan khidmat rundingan teknikal berkaitan dengan ICT.
  • Mendokumentasikan maklumat dan penyediaan laporan-laporan statistik.
  • Mengurus dan menyelaras penyimpanan maklumat dan koleksi bahan-bahan rujukan mengenai hasil dan Penerbitan kajian, penyelidikan dan jurnal yang berkaitan perancangan tenaga manusia dan pembangunan latihan
  • Melaksanakan fungsi sebagai Pusat Maklumat Setempat (One Stop Information Centre).

Print Email