awam1warga new

BUKU LOG LATIHAN 2017

 

Buku log latihan ini diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 iaitu mengenai Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. Dasar tersebut telah menetapkan bahawa setiap anggota dikehendaki untuk menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun. Bagi mencapai objektif tersebut, beberapa strategi telah dikenalpasti until dilaksanakan di peringkat Kementerian. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian telah menetapkan kategori aktiviti pembelajaran untuk diambil kira sebagai aktiviti latihan bagi menepati sasaran tersebut.

 

Selain itu, Buku Log Latihan ini juga akan memudahkan pihak pengurusan untuk merekod semua kehadiran aktiviti latihan anggota KKM dalam menyediakan Laporan Prestasi Modal Insan Anggota KKM yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Latihan Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

Sila pastikan anda mencetak menggunakan kertas saiz A4. Sila hubungi 03-8885 0692 untuk maklumat lanjut.

 

buku log 2017 Buku Log Latihan 2017 (PDF)

 

 

 

 

 

PrintEmail