awam1warga new

PEMAKLUMAN KEPUTUSAN SARINGAN PERTAMA BAGI PROGRAM SARJANA PERUBATAN SESI AKADEMIK 2019/2020

 

PEMAKLUMAN KEPUTUSAN SARINGAN PERTAMA BAGI PROGRAM SARJANA PERUBATAN SESI AKADEMIK 2019/2020

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

 

2.         Untuk makluman tuan/puan, permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Program Sarjana Perubatan Sesi Akademik 2019/2020 telah ditutup. Sehubungan dengan itu, pihak kami telah meneliti kesemua permohonan tersebut berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JPA dan iklan tawaran.

 

3.         Dimaklumkan bahawa semua pemohon Sarjana Perubatan Sesi Akademik 2019/2020 boleh membuat semakan keputusan Saringan Pertama di laman sesawang http://ehlp.moh.gov.my mulai 10.00 pagi pada 23 Oktober 2018 (Selasa).

 

4.         Tarikh, tempat dan sesi temuduga akan ditentukan oleh jawatankuasa temuduga yang terdiri daripada Ketua Bidang Kebangsaan KKM dan universiti awam. Tuan/Puan akan dihubungi oleh jawatankuasa ini melalui panggilan telefon, emel atau surat menyurat mulai November 2018 hingga Januari 2019.

 

5.         Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh diemelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi urus setia penawaran HLP ditalian 03-8885 0694.

 

Sekian, harap maklum.

 

URUS SETIA SARJANA PERUBATAN

BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN

PrintEmail