PEMAKLUMAN PERUBAHAN NILAI KONTRAK HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI PROGRAM LATIHAN KEPAKARAN SARJANA PERUBATAN DAN SARJANA PERGIGIAN, TAJAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI DALAM NEGARA MULAI SESI AKADEMIK 2020/2021 DAN SELANJUTNYA

Dengan ini dimaklumkan, nilai kontrak bagi tajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Hadiah Latihan Persekutuan Sarjana Perubatan dan Sarjana Pergigian dinaikkan kepada RM350,000.00 bagi kemasukan sesi akademik tahun 2020/2021 dan selanjutnya. Manakala tempoh kontrak berkhidmat dengan Kerajaan adalah dikekalkan pada tempoh tujuh (7) tahun. Surat pemakluman adalah seperti di Lampiran.
Sekian, harap maklum.




Lampiran
Surat Hebahan

Portal Bahagian Pengurusan Latihan