PENANGGUHAN PENGAMBILAN PELATIH LATIHAN SEPARA PERUBATAN SESI JANUARI 2021 DAN KURSUS LANJUTAN SESI MAC/MEI 2021 DI ILKKM

Dimaklumkan bahawa susulan daripada peningkatan kes Covid-19 dan arahan dari semasa ke semasa daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa kawasan yang terjejas, pengambilan pelatih bagi Latihan Separa Perubatan Sesi Januari 2021 dan Kursus Lanjutan Sesi Mac/Mei 2021 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) telah ditangguhkan.

 

Justeru itu, semua calon yang telah terpilih untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Sesi Januari 2021 akan melapor diri pada sesi ambilan Julai 2021. Manakala pengambilan calon Kursus Lanjutan Sesi Mac/Mei 2021 ditangguhkan ke sesi September 2021. Sebarang pengumuman berkaitan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web berikut:

 

Latihan Separa Perubatan – Sistem e-LPP (http://elpp.moh.gov.my/)

Kursus Lanjutan – Sistem e-LDP (http://eldp.moh.gov.my)

Portal Bahagian Pengurusan Latihan